Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

”Mak Tunggu Dari Pagi Sampai Malam..” Sebak, Sampai Sudah Tak Ada Siapa Datang Jamah Makanan Dia Masak

Sudah menjadi kebiasaan di bulan Syawal, tradisi kunjung mengunjung ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Bukan sahaja menjadi peluang terbaik untuk bersua muka dan bermaafan malah mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah terbina.

Namun, lain pula yang terjadi apabila keterujaan menanti kehadiran tetamu bertukar menjadi perkara yang menyedihkan. Kejadian tersebut dikongsikan oleh seorang individu mengenai nasib yang menimpa ibunya.

Manakan tidak, saudara mereka tidak datang ke rumah seperti yang dijanjikan sedangkan ibunya yang tidak sihat sudah menyediakan pelbagai hidangan yang dimasak sendiri.

Lebih menyentuh hati, ibunya itu setia menunggu dari pagi hingga malam kerana berharap tetamu yang ditunggu tetap datang. Reaksi ibunya yang sedih membuatkan dia merasa terkilan dengan apa yang berlaku. Ikuti perkongsian seperti di bawah.

”Mak tak sihat tapi gigih masak..”

”Tunggu dari pukul 10 pagi..”

”Mak masak banyak nak jamu tetamu”

”Kami  beraya rumah orang lain dulu..”

”Mak gigih buka pintu ingat sedara”

”Sampai pukul 10 malam masih tunggu..”

”Mak sampai sakit pinggang minta urut”

”Biar orang buat kita, jangan kita buat orang..”

Sumber : lela jamil

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.