Siakap Keli
Foto: Chinanews

Mengadu Sakit Kepala Selama 5 Tahun, Doktor Jumpa Serpihan Kayu Dalam Otak Pesakit

Seorang lelaki warga China telah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit kepala yang berpanjangan selama lebih kurang lima(5) tahun.

Lelaki yang berusia 41 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital apabila menyedari kelopak matanya mula membengkak dan sakit kepala semakin kerap dialami serta kesakitannya semakin meningkat.

Foto: Chinanews

Selepas menerima rawatan di sebuah hospital dekat wilayah Yunnan, beliau terkejut apabila mendapati terdapat cebisan kayu berlonggok di dalam otaknya.

Malah, setiap cebisan itu jika disambungkan, ia boleh mencapai ukuran sehingga 11 sentimeter. Cebisan kayu tersebutlah yang telah mengakibatkan jangkitan kepada otaknya dan menyebabkan dia mengalami sakit kepala dengan kerap.

Ketika ditanya mengenai bagaimana cebisan itu boleh berada di dalam otaknya, beliau memberitahu yang batang kayu pernah tertusuk pada kepalanya beberapa tahun lalu.

Foto: Chinanews

Namun, berikutan situasi kewangannya yang tidak mengizinkan ketika itu, beliau hanya menarik keluar batang tersebut tanpa pergi berjumpa doktor kerana tidak mampu.

Beliau juga pada awalnya takut untuk melakukan pembedahan ini kerana risau ia akan merisikokan penglihatannya.

Tetapi akibat tidak terdaya lagi menahan kesakitan, akhirnya beliau bersetuju dan pembedahan inilah yang berjaya mengeluarkan cebisan kayu dari dalam otaknya.

Sumber: Oddity Central

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi