Siakap Keli

Nak Anak Jadi Orang Berguna, Suami Isteri Sepakat Bagi Anak Nama ‘Google’

Menamakan anak dengan nama yang baik merupakan amalan yang dipercayai dapat mempengaruhi sikap dan masa depan anak tersebut. Oleh yang demikian, kebanyakan ibu bapa akan memilih nama-nama yang mempunyai makna yang baik untuk dinamakan kepada anak mereka.

Samalah seperti sepasang ibu bapa di Indonesia yang menamakan anak mereka dengan nama perisian terkenal di dunia iaitu Google. Seperti yang diketahui umum, Google merupakan perisian yang membolehkan kita memperolehi dan menyalurkan pelbagai maklumat di dalam internet. Oleh itu, Google dilihat sebagai manfaat yang boleh dinikmati oleh semua orang.

Disebabkan manfaat tersebut, pasangan dari Kabupaten Bekasi di Jawa Barat menamakan anak mereka dengan nama Google supaya anaknya akan menjadi orang yang berguna setelah dewasa kelak. Kanak-kanak yang diberikan nama Google itu telah dilahirkan pada 30 November 2018 dan kisah mengenai namanya menjadi tular di kebanyakan media sosial.

Menurut bapanya, Andi Cahya Saputra, 31, idea untuk menamakan bayinya dengan nama Google terinspirasi oleh teknologi tersebut sejak isterinya mengandung tujuh bulan. Walaupun begitu, kebanyakan orang tidak bersetuju sepenuhnya dengan nama tersebut termasuklah bapa kepada Andi.

Saya harap anak saya akan menjadi pemimpin yang  memimpin ramai orang, yang berguna kepada banyak orang lain.

Gambar: The World News

Sumber: Coconuts Jakarta

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa