Siakap Keli
Gambar: Sher She Goes

Penemuan Minyak Terbesar, ‘Georgetown’ Bakal Diiktiraf Jadi Bandar Terkaya Di Dunia

Bercakap mengenai Georgetown, pastinya ramai sudah mengetahui tentang bandar yang terdapat di Pulau Pinang itu. Bandar yang mempunyai pembangunan yang pesat dan juga pantai-pantai yang boleh dikunjungi itu menjadi tarikan pelancong ke bandar tersebut. Namun, lain pula bagi bandar Georgetown yang terdapat di Guyana, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai bandar terkecil dan kedua termiskin di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, bandar kecil tu bagaikan mendapat tuah apabila ExxonMobil mengumumkan penemuan minyak yang besar di rantau itu kira-kira sekitar 120 batu dari pantai Georgetown, Guyana.

Penemuan itu dibuat di telaga Tilapia-1 dan Haimara-1 yang dikenali sebagai Stabroek Block. Ia merupakan  wilayah yang berpontensi mengeluarkan minyak yang paling produktif di benua itu.

Gambar: OilNow

Menurut Steve Greenlee, Presiden ExxonMobil Exploration Company, mereka percaya bahawa kawasan tersebut akan dapat meningkatkan pembangunan di Guyana.

Kami menjangkakan kawasan ini akan berkembang ke hab pembangunan utama yang memberikan nilai yang besar kepada Guyana, rakan kongsi kami dan ExxonMobil.

Pada tahun ini, direkodkan penemuan baru di telaga Tilapia-1 dan Haimara-1 yang membawa jumlah penemuan melebihi 5 bilion minyak yang boleh diperolehi. Kawasan tersebut kini berpotensi untuk memuatkan sekurang-kurangnya lima kapal terapung, pengeluaran dan pengangkutan pengeluaran yang berkebolehan mengeluarkan lebih 750,000 tong minyak setiap hari menjelang 2025.

Penemuan tersebut bakal melonjak bandar kecil itu kepada bandar terkaya yang terdapat di dunia atas penemuan besar tersebut. Dengan populasi penduduk sekitar 780,000, negara termiskin di Amerika Selatan itu dijangka akan mendapat manfaat yang sangat besar melalui pengeluaran minyak itu. Malah, pakar-pakar meramalkan bandar tersebut akan menjadi salah satu bandar terkaya di dunia.

Mengikut perkiraan, Guyana berpotensi untuk mendapat keuntungan sekitar $ 10 Bilion dalam masa setahun sekiranya mencapai pengeluaran 1 juta tong dalam masa sehari. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan terhadap Guyana yang tidak bersedia sepenuhnya untuk menikmati faedah tersebut.

Sumber: WUWT

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa