Siakap Keli

Ranking Baru Bola Sepak Dunia, Malaysia Kini Atasi Indonesia Dan Singapura

Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 14 Jun yang dibuat oleh badan FIFA, Malaysia telah berjaya melonjak ke tangga ke-159 dunia.

Ranking itu menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke 159 mengatasi kedudukan negara jiran Indonesia yang berada di tangga ke-160 manakala Singapura pada tangga ke-162.

Gambar: FIFA

Terdahulu, berdasarkan kemas kini oleh FIFA pada 4 April yang lalu, pasukan Malaysia berada di tangga ke-168 dan melonjak sembilan anak tangga ke tangga 159.

Perubahan ini adalah ekoran daripada kemenangan besar yang dicatatkan oleh Malaysia terhadap Timor Leste.

Pertembungan di antara dua pasukan itu mencatatkan Malaysia memperolehi agregat besar 12-2 setelah menewaskan Timor Leste pada pertemuan pertama dengan keputusan 5-1 dan 7-1 pada pertemuan kedua yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Gambar: Bola

Menurut ranking keseluruhan FIFA, Belgium dilihat kekal pada kedudukan teratas dan diikuti Perancis, Brazil dan England. Bagi pemenang Juara Liga Negara Eropah UEFA (UNL), Portugal telah mencatatkan lonjakan dua anak tangga ke tempat kelima.

Gambar: FIFA

Sumber: FIFA, FAM MALAYSIA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa