Siakap Keli
Gambar Hiasan

San Fransisco Jadi Bandar Pertama Haramkan Rokok Elektronik Di Amerika Syarikat

San Francisco bakal menjadi bandar raya pertama di Amerika Syarikat yang mengharamkan jualan e-rokok. Ia berikutan undian yang dilakukan oleh Lembaga Penyelia Bandar sebulat suara pemihak kepada keputusan berkenaan.

Ordinan tersebut menjelaskan bahawa tidak ada orang yang boleh menjual atau mengedarkan rokok elektronik kepada sesiapa pun di San Francisco kecuali produk yang telah menjalani kajian premarket oleh pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat.

Perkara ini termasuk jualan di kedai-kedai penjualan tembakau serta jualan di atas talian yang dihantar ke alamat San Francisco. Ordinan ini ini juga terpakai kepada produk tembakau seperti e-rokok. Namun ianya tidak menghalang penggunaan vape di kalangan inidividu berumur 21 tahun dan ke atas.

Menurut Peguam Negara, Dennis Herrera, ianya merupakan langkah tegas untuk menghalang generasi muda terutamanya kanak-kanak di San Francisco daripada kecanduan nikotin. Tindakan ini turut mendapat sokongan dari Datuk Bandar.

Sumber : CNN 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.