Siakap Keli

”Saya Sedih Kerana Cikgu Ini Terlalu Baik,” Anak Murid Tampil Pertahan, Sokong Guru

Sejak semalam, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita mempersoalkan tindakan seorang guru lelaki yang didakwa merotan anak perempuannya yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru.

Menerusi video berdurasi kira dua minit dan 28 saat itu, guru berkenaan turut dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit tetapi tidak diterima oleh wanita itu sambil menunjukkan kesan birat pada tubuh anaknya.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan pelajar perempuan tersebut yang terlebih dahulu mengeluarkan perkataan biadap dengan menegur guru berkenaan dengan ayat ah qua lao shi (cikgu pondan) ketika guru tersebut lalu di koridor tanpa sebab.

Video itu lantas mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial. Ada yang bersetuju dengan tindakan guru merotan bagi memberi ‘pengajaran’ namun ada yang mempertikaikan cara merotan sehingga meninggalkan kesan lebam di lengan dan paha pelajar tersebut.

Tampil berkongsi, seorang pelajar di sekolah berkenaan menyatakan rasa sedih dengan apa yang menimpa guru mereka. Menurut Agnes, guru tersebut merupakan guru yang sangat baik di sekolahnya.

Malah ujarnya, jika guru tersebut berperangai teruk, tidak ramai pelajar yang akan berpihak dan memberikan sokongan kepada guru berkenaan.

”Apabila mendengar berita melibatkan cikgu, reaksi pertama saya ialah terkejut kerana cikgu merupakan guru yang sangat baik dan saya merasa sangat sedih.

”Banyak pelajar yang berpihak kepada cikgu dan sekiranya cikgu jahat dan mengajar secara teruk, saya tak rasa ada pelajar yang akan menyokongnya sekarang,” kata Agnes.

Jelasnya lagi, guru tersebut tidak perlu ada rasa menyesal atas tindakannya kerana apa yang dilakukan itu hanyalah semata-mata bagi membentuk generasi yang lebih baik pada masa akan datang.

”Cikgu tak perlu ada rasa menyesal kerana ingin membentuk sikap yang baik bagi generasi yang akan datang di negara ini.

”Ramai juga yang berkata, jika kamu tidak mempunyai anak kamu tidak akan faham tetapi cuba berfikir dengan hati jika ‘anak’ kamu sendiri menghina kamu, adakah kamu boleh menerimanya?”

”Walau apa pun, saya akan terus menyokong cikgu saya,” kata Agnes.

Sumber : KL吹水站

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.