Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Ibu Tonton Konsert, Tinggalkan Anak 3 Jam Dalam Kereta Sampai Bibir Jadi Biru

Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 1-2 tahun diselamatkan oleh pihak polis selepas ditinggalkan dalam kereta sementara ibunya pergi menghadiri konsert. Perkara ini dilaporkan oleh beberapa orang awam yang lalu di kawasan tersebut di daerah Shangdong.

Paling menyedihkan sewaktu mangsa ditinggalkan, suhu di negara tersebut mencecah 32 darjah Celcius. Ibunya yang gagal dikesan dan polis meminta bantuan daripada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun untuk memanjat masuk ke dalam kereta melalui ‘sunroof’ yang dibiarkan terbuka untuk menyelamatkan kanak-kanak lelaki tersebut.

Selepas pihak polis berjaya mendapatkan kanak-kanak lelaki berkenaan, mereka mendapati baju basah disebabkan peluh kepanasan dan mungkin mengalami dehidrasi yang berbahaya.

“Suhu sangat panas, mangsa menangis dengan kuat dan bibirnya sudah menjadi kebiru-biruan”. kata pegawai polis.

Dengan pantas, pihak polis menghiburkan mangsa dengan memberi minuman dan mainan.

Satu jam daripada kejadian tersebut, barulah ibunya muncul di tempat letak kereta untuk dapatkan anaknya selepas orang awam menyebarkan keadaan anaknya di media sosial.

Menurut ibu mangsa, dia terpaksa meninggalkan anaknya kerana konsert tersebut tidak membenarkan kanak-kanak untuk dibawa masuk.

Pihak polis mendakwa, ibunya meninggalkan mangsa dalam kereta kira-kira tiga jam kerana waktu konsert bermula pada pukul 7 petang dan sewaktu dia mendapatkan anaknya pada jam 9.30 malam.

Polis kemudian memberikan amaran kepada si ibu agar tidak mengulangi perbuatan sia-sia khususnya meninggalkan anak dalam kereta terutamanya pada musim panas.

Sumber: DailyMail 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang