Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Wahai Peragut, Insaflah Kamu,” Suami Isteri Kena Ragut Selepas Pulang Hadiri Kuliah Agama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa adalah segalanya walau setinggi mana jawatan kita dalam pekerjaan ibu bapa didahulukan. Menjaga dan berbakti kepada ibu bapa akan mendapat ganjaran pahala yang istimewa.

Untuk pengetahuan anda, hubungan sesama manusia adalah lebih penting lebih-lebih lagi golongan yang lebih muda dengan golongan yang lebih tua. Tetapi apa pula perasaan kita sebagai anak jika ibu bapa mengalami kecelakaan yang tidak diingini?

Pastinya sedih dan harus dipandang serius kerana melibatkan nyawa. Perkongsian ini daripada Ayub Alias di laman Facebooknya berkongsi tentang kedua ibu bapanya diragut selepas menghadiri majlis ceramah di daerah Kelantan semalam.

Menurut Ayub, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11 pagi. Bapanya mengalami cedera parah pada bahagian lengan dan kaki kanan manakala ibunya cedera pada bahagian mulut.

Keadaan yang menyedihkan itu berlaku sejurus mereka pulang dari mendengar ceramah kuliah agama di sebuah pasar tani berhampiran Pasir Puteh.  Menurut Ayub, ketika kejadian ibu bapanya sedang menaiki motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Pauh Lima.

“Wahai peragut-peragut di luar sana insaf lh kamu. sebelum kamu bertemu dgn ajal. Inn syaa Allah kamu terbabas didepan hari. Amal lah dengan kerja ragut kamu itu. Kedua org tua ku telah diragut tgh padang jalan kedai menanti.”

Menurut ayahnya, peragut itu tiba-tiba mengejar mereka dan cuba merampas beg yang diletakkan di atas riba ibu. Bagaimanapun, barangan kemas dan beg tidak berjaya diragut dan selamat.

Tindakan itu menyebabkan ayah dan mak terjatuh dari motosikal dan cedera teruk akibat terkena bahagian pada motosikal dan jalan raya manakala peragut itu tidak berjaya mendapat apa-apa,” katanya.

Pasangan tersebut kemudiannya dibawa ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas kejadian tersebut.

Katanya hari ini menerusi panggilan, keadaan ibu bapanya baik dan sudah dikeluarkan daripada hospital malam tadi.

Sumber: Ayub Alias 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang