Siakap Keli
Foto: USGS

Wilayah Rusia Digegar Gempa Bumi Kuat Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

Wilayah Semenanjung Kamchatka, Rusia telah digegarkan dengan dua gempa bumi kuat dalam tempoh 24 jam, yang terbaru berlaku lebih kurang jam 10.18 pagi tadi waktu Malaysia.

Gegaran awal telah berlaku petang semalam dengan kekuatan 6.6 skala Ritcher dan terjadi pada kedalaman 33 km manakala gegaran besar kedua pada pagi tadi mempunyai kekuatan 6.3 skala Ritcher.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan bagi kedua-dua kejadian. Tambahan lagi, tiada amaran tsunami telah dikeluarkan.

Semenanjung Kamchatka sering dilanda gempa bumi akibat daripada kedudukan geografinya. Ia termasuk dalam ‘Lingkaran Api’, sebuah rantau yang mudah terdedah kepada gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Beberapa hari yang lepas, sebuah lagi kawasan yang berada di rantau Lingkaran Api ini, Kepulauan Maluku, Indonesia turut dilanda gempa bumi kuat pada kekuatan 7.3 skala Ritcher dan gegaran itu dirasai sehingga ke Australia.

Sumber: Business Standard, Express UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi