Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Cancer Research UK)

7 Perkara Yang Tidak Sepatutnya Dikatakan Kepada Perokok Yang Cuba Untuk Berhenti

Berhenti merokok adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan, terutama kepada mereka yang merupakan perokok tegar. Ia bukan sahaja memerlukan semangat yang kental, tetapi sokongan daripada orang di sekeliling juga adalah penting.

Sebab itulah kita perlu menyokong rakan-rakan yang ingin cuba untuk berhenti dan bukannya memperlekehkan usahanya. Yang penting, elakkan kata-kata yang boleh mengganggu usaha mereka. Antara perkara yang tidak patut disuarakan terhadap golongan ini ialah:

1. “Berhenti lagi…”

Jika keluarga atau rakan anda seorang perokok, mereka mungkin pernah cuba untuk berhenti sebelum ini. Jadilah seorang yang menyokong tindakan mereka. Anda sepatutnya berbangga kerana mereka masih mencuba untuk menghentikan tabiat buruk itu. Oleh itu, bantu mereka untuk mencapai matlamatnya!

2. “Awak akan dapat kanser…”

Apa yang tidak kena dengan kenyataan ini? Anda bukan peramal, dan ramalan yang mengancam ini mungkin hanya akan menimbul kemarahan. Sebagai peraturan umum, bagi orang yang memerlukan bantuan berhenti merokok, adalah lebih baik untuk menekankan aspek positif berhenti merokok. Fikirkan sesuatu yang anda ketahui menghiburkan mereka (selain daripada aktiviti yang berkaitan dengan merokok), dan fokuskan pada betapa mudahnya untuk menikmati kehidupan selepas berhenti merokok.

3. “Awak tak kisah jika saya merokok?”

Perokok masih dapat menyokong seorang teman yang merokok, tetapi perlu ada nilai hormat. Wujudkan ruang dan elakkan merokok berhampirannya. Dan yang pastinya, jangan tawarkan rokok atau meminta mereka untuk memegang rokok anda, walaupun anda tidak mempunyai teman merokok.

Gambar Hiasan(Foto: Medical News Today)

4. “Jika awak sayangkan saya berhenti merokok…”

Orang yang memerlukan bantuan berhenti merokok tidak akan termotivasi oleh perjalanan rasa bersalah ini. Masalahnya ialah kasih sayang anda tidak berkait dengan ketagihan orang itu kepada tembakau atau kejayaan berhenti merokok. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), nikotin boleh menjadi ketagihan seperti heroin, kokain, atau alkohol. Jadi lebih baik hanya mengingatkan mereka bahawa anda mencintainya dan menyokong usaha baiknya itu.

5. “Saya tahu betapa sukarnya…”

Jika anda tidak pernah mencuba untuk berhenti merokok, anda mungkin tidak menyedari betapa sukarnya berhenti merokok. Percubaan anda yang berniat baik untuk bersimpati itu boleh membangkitkan kebencian, jadi sebaiknya menghidari daripada melakukan perkara itu. Sebaliknya, cuba menjadi pendengar yang baik untuk mereka bercakap mengenai cabaran berhenti merokok. 

6. “Tak risau berat badan naik?”

Pertambahan berat badan menjadi kerisauan semua orang termasuk orang yang sedang berusaha berhenti merokok. Oleh tu, sebagai seorang yang menyokong tindakan mereka itu, jangan ingatkan apa-apa kesukaran yang melibatkan rokok. Sebaliknya, tawarkan mereka untuk bersenam atau masak makanan yang sihat.

7. “Awak dah lama merokok, apa gunanya berhenti?”

Adalah tidak pernah terlambat untuk berhenti. Selepas dua hari bebas daripada merokok, deria rasa dan bau mungkin mula kembali normal. Selepas dua minggu hingga tiga bulan bebas merokok pula, risiko perokok untuk mendapat serangan jantung mula berkurang dan selepas satu hingga sembilan bulan, sesak nafas perokok berkurang. Ini menunjukkan terdapat banyak peningkatan untuk meningatkan perokok.

Mungkin ada di antara kita menganggap ia adalah gurauan semata-mata, namun ketahuilah, ada orang lain yang mengharapkan perokok tersebut untuk benar-benar berhenti merokok seperti contoh, ahli keluarganya.

Sumber: Hello Doktor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi