LAHAD DATU, Seorang wanita warga emas maut terkena renjatan elektrik ketika memetik mangga untuk adiknyayang sedang hamil mengidam buah itu di kebunnya di Kampung Terusan, Jalan Lahad Datu-Kunak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata mangsa, Sarimah Dalam, 58, dipercayai memetik buah itu dari pokoknya menggunakan alat menjolok diperbuat daripada logam pada 10 pagi.
Menurut anaknya, ibu mahu kaitkan untuk ibu saudara yang sedang mengidam mangga muda dengan menggunakan sabit kelapa sawit. Tanpa disedari mangsa, sewaktu mengambil mangga itu, alat itu tersangkut pada wayar elektrik di kawasan berkenaan.
“Mangsa yang terkena renjatan elektrik kemudian rebah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Walaupun jarang pulang ke kampung tetapi mereka berhubung melalui telefon dan video untuk melepas rindu pada ibu dan cucunya. Mereka redha dengan pemergian ibunya.
Nasri berkata, mangsa yang ditemui keluarganya terbaring kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan doktor bertugas mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat melecur 90 peratus. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
BERNAMA