Siakap Keli

Anak Datang Jumpa Dalam Mimpi Rupanya Petanda Suruh ‘Jenguk’ Mayatnya Di Rumah

Seorang bapa terpaksa menanggung rindu terhadap anak perempuannya yang sudah lama tidak bersua. Perkara ini kerana anak perempuannya telah meninggal dunia di kediamannya sendiri dan tidak disedari oleh sesiapa pun dalam tempoh yang agak lama.

Thiphaphat Phaksuk, 46 yang tinggal seorang diri telah dijumpai di hadapan pintu tandas di tingkat bawah rumah dua tingkat yang didiaminya. Seorang doktor yang membuat pemeriksaan telah mengesahkan bahawa wanita tersebut telah meninggal dunia enam bulan yang lalu.

Bapa kepada wanita tersebut, Boonlong Boonplun, 71 menyatakan hasrat ingin melawat anak perempuan itu selepas bermimpikannya. Menurut Boonlong, anaknya itu telah berpindah dari rumah keluarga di Phicit setelah berkahwin pada beberapa tahun yang lalu dan tinggal seorang setelah bercerai.

Sebaik tiba di rumah anak perempuannya, bapa itu mendapati rumah anaknya itu diselimuti rumput yang tumbuh melata di sekitar rumah dan menyedari bau aneh yang sangat kuat dari dalam rumah.

Musykil dengan bau tersebut, Boonlong meminta pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan ke dalam rumah itu.

Hiba hatinya apabila mendapati sekujur tubuh anaknya di dalam rumah itu.

Hanya mampu berjumpa dalam mimpi, Boonlong tak sangka itu kali terakhir dia bertemu anaknya.

Sebalik itu, jiran-jiran yang berdekatan memaklumkan kepada pihak polis bahawa mereka fikir wanita tersebut sudah tidak mendiami rumah tersebut berikutan perkhidmatan utiliti telah dipotong.

Sumber: The Nation

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa