Siakap Keli
Gambar: HangKas Turi

“Apa Kami Nak Makan Ni, Seekor Ikan Pun Tak Dapat,” Sambil Ketawa, Kisah Nelayan Tua Meruntun Jiwa

Semua orang mempunyai ujian masing-masing. Dalam kita mengeluh malasnya bekerja, tak sedapnya makanan kita, ingatlah ada orang lain yang terpaksa membanting tulang pada usia tua untuk sesuap nasi.

Tiada siapa yang ingin hidup dalam kesempitan. Kadangkala banyak halangan yang mereka terpaksa hadapi sehingga membuatkan diri tidak mampu keluar dari kepompong kemiskinan. Seperti kata Ilhan Omar, kita sepatutnya berhenti menyalahkan sistem, sebaliknya berusaha menyumbang sesuatu untuk membantu orang disekeliling kita.

Seorang pengguna Facebook dengan nama HangKas Turi baru-baru ini berkongsi kisah seorang nelayan tua yang berusia 85 tahun, tetapi masih turun ke sungai untuk mencari sesuap nasi.

Facebook: HangKas Turi

Berikut adalah perkongsiannya.

Nelayan tua 85 tahun rakyat tempatan ini pulang dari dari laut pulang dengan tangan kosong, disambut oleh isteri nya dengan gembira dan senyuman.

Mereka kuat ibadah, tak meminta sebab malu.. ahli syurga ni.. sedih nya.. lihat rumah nya..

“Apa kami nak makan hari ini, seekor ikan pun tak dapat,” katanya sambil ketawa lagi..

Allah.. dah seminggu tak ada rezeki.

Ini cerita benar. Kita ada sepuluh ringgit tak nak bersyukur, mereka makan nasi dengan garam tau tak?

Sedih sangat.. air mata ini tak sedar keluarnya.. Sebak sangat.. Sahabat cuma tengok gambar saja, saya depan mata.. Terduduk saya, mati lah saya macam ini. Allah, tolong lah Allah, Hamba-hamba ini sangat daif dan sabar.

Menurut perkongsian Kasturi dengan Siakap Keli, pakcik tersebut bersama isterinya memang tinggal di tepi sungai. Mereka mempunyai anak tetapi dipenjarakan kerana kesalahan dadah.

Kisah pakcik ini mengingatkan kita untuk bersyukur dengan kerja dan rezeki yang kita ada sekarang. Sekiranya kebahagiaan terletak pada nilai wang, nescaya kita tidak akan pernah bahagia kerana nilai wang tidak ada penghujungnya.

Jika anda ada bumbung untuk berteduh, makanan di dalam peti, pakaian menutupi badan dan tempat untuk tidur, anda lebih kaya berbanding 600 juta penduduk dunia yang miskin.

Akhir sekali, ingatlah, dadah tidak menyelesaikan masalah. Sebaliknya memusnahkan kehidupan anda dan orang sekeliling.

Facebook: HangKas Turi
Facebook: HangKas Turi

Sumber: HangKas Turi

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.