Siakap Keli
Gambar: Physics Stack Exchange

Hairan, Kenapa Ketul Ais Ada Yang Jernih Dan Warna Putih? Baca Penjelasan Ini

Minuman sejuk merupakan minuman pilihan bagi kebanyakan orang ketika berada dalam dahaga dan juga keletihan.  Lagi pula bila air sejuk itu ditambah ketulan ais.

Tapi, pernahkah kita perasan ketulan ais datang dengan dua ‘warna’? Satu ais jernih dan satu lagi berwarna putih.

Kebanyakan orang berfikir perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh kualiti air yang digunakan untuk membuat ketul ais. Namun, ia mempunyai jawapan disebalik sangkaan tersebut.

Gambar: Sonic Ice Maker

Kebanyakan air yang digunakan untuk menghasilkan ketul ais sebenarnya mempunyai banyak kekotoran tanpa kita sedari. Walaupun begitu, kekotoran tersebut bukanlah bermakna mempunyai kuman dan bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan kita, tetapi sesetengahnya mempunyai manfaat seperti kalsium dan magnesium.

Air yang membeku akan mengumpulkan kekotoran melalui gelembung-gelembung air di tengah-tengah dan menjadikan ketul ais itu kelihatan menjadi lebih putih.

Gambar: Food Republic

Bagi ketul ais yang jernih pula, ketul ais ini dibuat secara khusus dengan membekukan air dalam lapisan supaya gelembung udara tidak terbentuk di dalam ais.

Selain itu, ketul ais itu juga dibekukan pada kadar yang sangat perlahan menyebabkan gelembung yang mungkin terbentuk di dalam ketulan ais mempunyai banyak masa untuk keluar dari kiub tersebut.

Sumber: Science ABC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa