Siakap Keli
Gambar Hiasan

Huawei Masih ‘Gergasi’ Dalam Industri, Punyai Kontrak 5G Yang Membabitkan 50 Negara Di Dunia

Semua pengendali rangkaian tanpa wayar masih merancang untuk membeli teknologi 5G dari Huawei meskipun setelah isu sekatan dari Amerika Syarikat baru-baru ini. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Huawei.

Mereka juga menjelaskan bahawa telah menandatangi lebih banyak kontrak 5G komersial daripada mana-mana vendor global yang lain. Menurut Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, setakat ini mereka sudah mempunyai 50 kontrak 5G kormesial.

Ini membuktikan bahawa gergasi teknologi China ini mempunyai pengaruh yang kuat di dalam industri antarabangsa terbesar di dunia ini.

Kontrak 5G Huawei terbabit merangkumi 30 negara dan lebih separuh daripadanya merupakan syarikat pengendali dari Eropah.

Seperti yang diketahui bahawa Huawei adalah syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar dunia serta memiliki dua jenama telefon pintar. Namun Huawei menerima tamparan hebat beberapa bulan ini setelah diharamkan di Amerika.

Para pengedar telah diberikan tempoh penangguhan selama 90 hari yang berlangsung sehingga 19 Ogos ini tetapi syarikat seperti Alphabet. Inc., Micron (MICR) dan Qualcomm (QCOM) masih berteka-teki untuk menentukan sama ada mahu berurusan dengan Huawei di masa hadapan.

Washingston didakwa takut bahawa Beijing akan menggunakan peralatan Huawei untuk mengintip negara lain dan ia ternyata telah menjadi salah satu punca untuk menghalang syarikat terbabit yang bakal mempunyai rangkaian tanpa wayar 5G terpantas.

Sumber : CNN 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.