Siakap Keli
Gambar: Wake Up Your Mind

Imej Pertama Anda Nampak Dalam Gambar Ini Tunjukkan Personaliti Anda

Personaliti kita boleh dikelaskan dalam pelbagai cara samada dengan menjawab soal selidik khusus ataupun dengan memilih gambar yang melambangkan diri kita. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya, apa kata kita cuba ujian ini.

1. Bibir

Jika anda ternampak bibir sekilas melihat gambar ini, anda merupakan seorang yang ringkas dan tenang. Anda sukakan hidup yang tidak rumit dan mudah rasa terpenuhi. Anda mempunyai fikiran dan tingkah laku yang fleksibel dan mudah menyesuaikan diri mengikut arus.

(Kredit: Rapid Fire Art)

Anda seorang yang bijak walaupun kadangkala naif kerana anda selalu berfikir dan bersangka positif. Anda dilihat sebagai seorang yang lemah dan perlu dibantu tetapi secara realitinya, anda tidak lemah dan boleh menyelesaikan masalah anda sendirian.

Anda juga menghargai kejujuran. Ramai orang akan meminta nasihat daripada anda kerana mereka tahu anda seorang yang boleh dipercayai.

2. Pokok

Gambar hiasan. (Kredit: City Of Surrey)

Jika anda melihat pokok, anda mungkin seorang yang extravert. Anda bersopan santun tetapi tak mudah diperguna. Anda juga sensitif dengan pendapat orang lain dan mengambil berat tentang pendapat mereka terhadap anda. Walaupun anda dikelilingi ramai kawan, hanya sesetengah daripada mereka yang ikhlas dan jujur.

Anda kelihatan lembut dari segi luaran, tapi anda seorang yang kuat. Anda seorang yang bijak dan cenderung menyembunyikan emosi.

Di samping itu, anda juga tidak mudah mempercayai orang lain. Anda mempunyai sisi misteri yang membuatkan orang lain tidak dapat menafsir fikiran anda. Anda juga terbuka dengan segala kemungkinan dan perkara baru.

3. Akar

Jika akar merupakan perkara pertama anda melihat, ini bermaksud anda seorang yang introvert. Anda mengenali kesilapan sendiri dan mudah menerima kritikan membina untuk menambah baik diri sendiri.

Orang lain mungkin berfikir anda seorang yang biasa-biasa tetapi mendapati anda seorang yang kompeten dan bersemangat dalam melakukan sesuatu.

Gambar hiasan. (Kredit: Jenna Szerlag/Fine Art America)

Anda juga sangat berdisiplin dan bekerja keras apabila melakukan sesuatu. Anda mempunyai visi dan prinsip hidup tersendiri.

Bukan itu sahaja, anda seorang yang berdikari dan bertanggungjawab. Walaupun kadangkala anda mempunyai keyakinan diri yang rendah, anda juga mempunyai kedegilan tersendiri.

Jadi bagaimana? Mana satu yang anda lihat dulu dan adakah ia berkait dengan anda?

Sumber: Wake Up Your Mind

Amira

Love yourself.