Siakap Keli

“Dia Cakap Saya Tak Tahu Susah Cari Duit,” Suami Berang ‘Sport Rim’ Calar, Tapi Dia Tak Sedar Dalam Diam Dah ‘Calarkan’ Hati Isteri

”Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.”

Bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma itu mekar dalam ingatan sehingga kini. Bidalan Melayu itu membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.

Ianya tidak boleh dielakkan, tetapi boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi. Namun, jika kesalahan pasangan dibalas dengan kata-kata kasar yang menghiris perasaan, hati siapa yang tidak sedih dan terguris.

Seperti luahan seorang isteri ini yang terasa hati dengan sikap seorang suami. Hanya kerana berang dengan ‘Sport Rim’ kereta yang dicalarkan isteri, suaminya lupa bahawa dia juga telah ‘mencalarkan’ hati si isteri yang setia di sisi selama ini. Ikuti perkongsian seperti di bawah.

Suami semalam marah-marah cakap bukan-bukan sebab saya terlanggar batu dan calarkan spotrim dia.. ye dia baru tukar kereta mpv dekat 2 minggu, saya baru bawa hari ketiga semalam dah terlanggar batu..

Lelaki ni kalau marah dia tak jerit tapi ayat dia tu buat saya semalaman menangis, sambung pagi ni officemate tanya kenapa mata bengkak, bila saya cerita saya nangis lagi.. dia mengungkit cakap saya pakai kereta apa je mesti akan kemek akan calar..

Wallahi sumpah sepanjang 3 hari saya pakai kereta dia memang saya bawa sangat berhati-hati, cuma semalam je saya lalu jalan sempit lepas ambil anak kat rumah bs.. lepas saya nampk batu jatuh je masa belok saya terus menggigil saya ketakutan saya fkirkan apa nasib saya sampai rumah ni..

Semua officemate cakap kenapa you cakap dengan husband you, diam jelah.. ya Allah dah dia tiap pagi check kereta setiap sudut memang saya tak kan sembunyi hal macam ni.. dia cakap saya tak tahu macam mana susah cari duit sebab saya kerja cuma ketuk-ketuk keyboard 8 jam pastu balik.

Dia tak tahu ke kerja saya ni guna otak, balik nak rest lagi.. mana balik nak ambil anak-anak nak masak.. semalam saya masak ayam masak kari fav dia pun dia tak jamah sikit pun, gasak bebelkan saya marahkan saya, siap cakap bukan bapak kau yang bayar kereta boleh lah..

Allahu bapak saya dah meninggal dah.. pastu dia cakap dia tak nak hantar pengantin adik saya kat Penang bulan 10 nanti, dia malas.. Allahu saya buat bukan sampai tak boleh jalan kereta tu sedih betul..

Saya pagi tadi dah tunggu grab sebab tak nak bawa kereta dia, tak nak guna harta dia.. tapi grab tak da saya bawa juga kereta dia slow-slow.. semalam petang pun beli durian sebab saya suka durian pun saya tak nak makan..

Saya betul-betul kecil hati.. saya nak tanya kedai mana boleh buat untuk polish balik spotrim ni.. dah buat salah kan beranilah betulkan semula.. dan berapa anggaran harga kalau polish (jb area).

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.