Siakap Keli
Gambar : ABC

Kebakaran Mercu Tanda Perancis Notre Dame, Pihak Berkuasa Jelas Tiada Unsur Jenayah

Pihak berkuasa Perancis menjelaskan bahawa mereka percaya tiada alasan untuk mana-mana individu membakar bangunan bersejarah, Notre Dame tersebut. Oleh itu, pihak berkuasa menolak sebarang unsur jenayah dalam tragedi yang menggemparkan seluruh masyarakat dunia ketika itu.

Walaupun begitu, punca sebenar kebakaran bangunan ikonik berkenaan masih lagi belum diketahui namun penyelidik berpendapat bahawa insiden berkenaan mungkin disebabkan oleh kecuaian.

Malah Ketua Pendakwaraya Paris menyatakan bahawa bahawa tiada bukti yang ditemui menjurus ke arah perlakuan jenayah. Justeru, pihak berkuasa masih menjalankan penelitian lanjut mengenai isu terbabit.

Gambar : BBC

Tragedi kebakaran yang terjadi pada 15 April lalu nyata mengejutkan penduduk di sana tatkala menyaksikan bumbung bangunan berusia 850 tahun itu runtuh dimamah api.

Setakat ini, bangunan kebanggaan ini sedang menjalani kerja-kerja pemulihan. Beratus-ratus juta (pound) telah didermakan untuk tujuan tersebut.

Ia merupakan mercu tanda yang menyimpan momen bersejarah Perancis. Ia turut dilihat sebagai simbol utama kepercayaan Katolik dan merupakan inspirasi kepada novel terkenal The Bunch of Notre-Dame yang diterbitkan tahun 1831 dahulu.

Sumber : BBC

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di