Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: middleSage/SCMP)

Miliki Rumah Harga Setengah Bilion, Umur Jutawan Ini Pasti Buat Anda Terkejut

Pada umur 22 tahun, kebanyakan daripada individu lain di seluruh dunia masih lagi belajar atau baru mahu membina kehidupan, lain pula ceritanya bagi seorang lelaki yang berasal dari Hong Kong ini.

Matthew Cheung Siu-woon, seorang jutawan muda dilaporkan telah berjaya membeli sebuah rumah mewah bernilai HK$916 juta atau lebih kurang RM485 juta di negara itu, awal bulan ini.

Rumah yang dimaksudkan terletak  di The Peak, Pergunungan Nicholson di mana ia merupakan salah satu kawasan yang mempunyai nilai hartanah tertinggi di negara tersebut.

Gambar di sekitar House 15 yang dimiliki Matthew Cheung(Foto: SCMP/Martin Chan)

Beliau berasal daripada keluarga yang kaya raya. Bapanya, Kenny Cheung, adalah pemilik kepada syarikat Cheung & Sons, sebuah syarikat konglomerat yang menjalankan perniagaan dalam bidang hartanah, pendidikan, agrikultur, bahan binaan dan perlombongan.

Matthew adalah pegawai eksekutif bagi syarikat berkenaan, malah dia sendiri mempunyai syarikat di bawah kendaliannya iaitu Causeway Education.

Ia merupakan sebuah syarikat yang membekalkan servis pendidikan kelas tinggi yang sudah semestinya mengenakan cas yang tinggi. Sebagai contoh, mereka mengenakan cas setinggi HK$920(~RM482) sejam bagi kursus matematik.

Maka, tidak hairanlah beliau mampu memiliki House 15 yang berharga lebih RM56,000 satu kaki persegi itu.

Menurut laman web syarikatnya, Matthew adalah generasi kedua dalam keluarganya dan telah memulakan perniagaan pertamanya pada usia 19 tahun, iaitu sejak menuntut di universiti lagi.

Sumber: SCMP, Cheung & Sons

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi