Siakap Keli
Foto: West Midlands Police/MetroUK

Tak Perasan Pistol Dah Ada Peluru, Lelaki Mati Ditembak Rakan Ketika Bergurau

Tipulah kalau rakan baik tetapi tidak pernah bergurau kasar. Namun, gurauan tidak sepatutnya melibatkan apa-apa objek merbahaya seperti senjata.

Ini kerana kita mungkin tidak sedar yang gurauan sebegitu sebenarnya boleh membawa maut. Itulah yang terjadi di Coventry, England apabila seorang lelaki berusia 27 tahun maut ditembak oleh rakannya yang berusia 25 tahun.

Ketika kejadian berlaku, suspek dikatakan bermain-main dengan sepucuk pistol yang dimiliki mangsa di rumah rakan mereka yang terletak di Willenhall.

Foto: West Midlands Police/MetroUK

Bagaimanapun, gurauan itu bertukar tragedi apabila dia secara tidak sengaja tertarik picu pistol berkenaan dan tembakan terkena mangsa sebelum dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Cemas dengan apa yang berlaku, dia lari meninggalkan tempat kejadian dan membuang pistol yang tersebut ke dalam kolam kuari berhampiran. Akan tetapi, dia menyerahkan diri kepada polis tiga hari kemudian.

Ketika disiasat oleh pihak polis, suspek memberitahu yang dia tidak mengetahui pistol berkenaan mempunyai peluru dan mengaku bersalah.

Berikutan perkara itu, suspek telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun atas kejadian tersebut serta kesalahan memiliki senjata api.

Sumber: Mirror UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di