Siakap Keli

“Ainul Boleh Balik,” Tunjuk Perkembangan Baik, Berat Badan ‘Bidadari’ Kecil Ini Meningkat Setiap Hari

Bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang telah selesai menjalani pembedahan mengeluarkan tumor seberat 200 gram pada bahagian mulutnya kini beransur pulih dan semakin baik.

Perkhabaran ini menjadi satu berita gembira kepada ahli keluarga Ainul yang terdekat dan sudah pastinya bagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya mengambil berat terhadap bayi kecil ini.

Sebentar tadi, adik Ainul Mardhiah dikhabarkan menunjukkan perkembangan yang baik di mana berat badannya meningkat dari sehari ke sehari. Berita gembira ini telah disampaikan oleh bapanya sendiri, Ahmad Safiuddin melalui laman Facebook miliknya.

Menerusi kiriman tersebut, Safiuddin memaklumkan bahawa Ainul akan dibenarkan pulang sekiranya menunjukkan perkembangan yang positif pada setiap hari.

Setiap hari berat badan Ainul naik. And doktor cakap kalau setiap hari Ainul menunjukkan perkembangan yang positif, Ainul boleh balik.

Rata-rata warganet mengucapkan syukur atas berita gembira tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa kepada adik Ainul supaya kesihatannya terus berkekalan.

“Alhamdulillah..terus kuat dan sihat ye Ainul”

“Comelnya… Cantik sangat Ainul. Semoga sihat selalu sayang”

“Kuat semangat si kecik ni… cepat balik sayang”

“Alhamdulillah…Ainul ni sangat kuat… pantas sangat dia sembuh ya”

Sumber: Ahmad Safiuddin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa