Siakap Keli
Gambar : Puan Umi

Tular Anak Ajaib Lahir Ketika Ibu Koma, Akhirnya Si Ayah Temui Insan Mulia Sanggup Jadi Ibu Susuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam tular mengenai insiden seorang bayi ajaib yang lahir dari rahim seorang ibu muda yang koma. Perkara tersebut menjadi sebutan netizen yang tidak henti-henti mengirimkan doa serta kata-kata semangat kepada keluarga berkenaan. Manakan tidak, bayi yang diberi nama Farah Hanis Binti Fairol Haziri itu sehingga kini masih belum merasai nikmat kasih sayang seorang ibu.

Gambar : Puan Umi

Menurut hantaran yang dimuatnaik oleh sepupu mereka sebelum ini,

“Farah Hanis Binti Fairol Haziri yang dlahirrkn pd 16mei 2019yg diberi gelaran oleh doktor-doktor HUSM Kubang kerian Kota Bharu kerana dilahirkan melalui pembedahan disaat ibunya yg bernama kamareeyah arwe berumur 36 tahun seorg surirumah koma selama dia berada dlm kandungan 9bln 10 hari.

Namun smpai saat ini umur bayi ini sudah 1 bulan bayi ini masih belum dapat merasai susu ibunya, apatah lagi mendengar suara dan belaian manja kerana ibunya masih lagi dalam koma setelah melakukan pembedahan membuang tumor@ketumbuhan dalam kepala pada pada 23/12/2018. Sekarang bayi ini dijaga oleh saudara ayahnya yang tinggal bersebelahan rumah mempunyai seorg abg yg berumur 1 tahun lebih.

Bapa bernama fairol haziri b Rahim,berumur 44 tahn berasal dr kg kedai buluh, Kota Bharu. En Fairol demi utk menjaga isteri dia terpaksa berhenti bekerja dan mereka tinggal menumpang di rumah yg disewa oleh adik En Fairol.d alamat Pt 753 taman sl badang,jln pantai cahaya bulan kb.Dia tiada pendapatan lain dan mengharapkan bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara yg bersimpati.

Dia ada mendapat bantuan JKM RM 150 sebulan. Bantuan ini jauh dari mencukupi. Dia perlu beli susu khas RM 92 setin ( 3 hari setin), lampin pakai buang saiz L, peralatan sedut kahak dll yg memerlukan perbelanjaan yg besar.

Sehubungan dengan itu, sayamenyeru para dermawan semua jom pakat bantu sikit sorang demi jlnkn fardhu kifayah yg diwajibkn dlm islam. utk meringankan beban En Fairol.”

Terbaru, Siakap Keli telah menghubungi sepupu terdekat keluarga berkenaan untuk bertanyakan maklumat terkini mengenai keadaan bayi tersebut.

Menurut Puan Umi,

“Alhamdulilah baby perempuan ajaib yg bernama Farah Hanis Binti Fairol Haziri yang sekarang berusia 42 hari sihat walafiat dengan kuasa Allah hasil dari sedekah dari seorang insan yang berhati mulia dari Pasir Hor.

Hasil dari kasih sayang seorang bapa yang ingin babynya selamat dan sihat sanggup berulang alik ke Pasir Hor demi untuk dapat susu badan dari hamba Allah itu di pasir hor,kerana mengikut doktor anaknya boleh selamat dan sihat dgn hanya minum susu badan.

Berkorban apa saja itulah sebenar kasih sayang.

Ibu yang melahirkan tidak dapat menyusu sebab masih dalam koma. betapa kuatnya semangat seorang bapa dan suami yg berusaha menjaga isteri yg sdg koma dan anak yg perlu bntuan susu badan.kepenatan xpernah dikeluh,kesusahan xdikongsi tp redha berjuang sendirian.

Terima kasih wahai hamba Allah suami isteri dari pasir hor yg (namanya dirahsiakn) keran sanggup sedekahkn susu buat baby ini. Semoga Allah merdhai, merahmati dan memberkatimu skluarga dn dibukakn pintu syurga buatmu aamin”

Penafian: Gambar ibu susuan tidak kami pamerkan atas permintaan beliau.

Sumber : Cempaka Merah ii 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.