Siakap Keli

“Jangan Pernah Kita Lupa Ni Sampai Bila-Bila,” Perginya Belum Terbela, Potretnya Pula Dirosakkan

Pada tahun lalu, seorang anggota Bomba telah terkorban setelah terlibat dalam insiden rusuhan yang berlaku di sebuah kuil di Subang Jaya. Kematian arwah memberi impak kepada rata-rata rakyat Malaysia yang bersimpati ke atas apa yang telah dialami oleh mangsa.

Sebelum ini, potret Arwah Adib di lukis di bawah jejantas berhadapan dengan Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam bagi memperingati jasa dan nasib yang menimpa anggota Bomba tersebut.

Potret itu dibuat sebagai simbolik kepada rata-rata rakyat Malaysia yang menginginkan nasib arwah terbela dan pihak yang terbabit mendapat pembalasan yang setimpal.

Potret tersebut dapat dilihat menerusi kiriman yang dibuat oleh laman Facebook Friends of Bomba Malaysia pada beberapa hari yang lalu.

Menerusi kiriman tersebut, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan arwah dan mengharapkan nasib anggota Bomba tersebut terbela.

“Setiap kali terlihat potret arwah Adib, pelbagai perasaan yang ada”

“Yang Hak pasti mengatasi yang Batil”

Namun begitu, baru-baru ini, potret yang sama telah diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menerusi kiriman tersebut, rata-rata netizen menunjukkan reaksi marah mereka terhadap pelaku yang tidak bertanggungjawab melakukan tindakan tersebut.

“Biar kena panah petir sapa yang conteng situ”

“Mesti hati hitam kan”

“Jangan pernah kita lupa kejadian ni sampai bila-bila”

Sumber: Friends of Bomba Malaysia, Warga Wilayah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa