Siakap Keli
Wazari Wazir

Kerajaan Umum Hari Kelepasan Am Sempena Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-16

Ketua Setiausaha Negara sebentar tadi mengumumkan menerusi satu kenyataan media bahawa pada 30 Julai 2019 (Selasa) adalah hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.

Pengisytiharan ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)