Siakap Keli
Gambar Hiasan

Korang Selalu Kentut Bau Busuk? Ini Mungkin Pil Yang Sesuai Untuk Korang Ubah Bau Kentut Seharum Mawar

Agak memalukan jika terkentut di tempat tumpuan umum tambah-tambah lagi bila dalam pusat membeli belah. pasti akan berbau atau berbunyi kuat. Waktu itu, mungkin separuh wajah kita akan hilang.

Walaupun keadaan begitu, pernah tak anda terfikir, semua orang akan kentut, jadi kenapa perlu malu? Mungkin kalau kentut, biarlah beradab. Secara umumnya, kita menghasilkan setengah liter gas kentut setiap hari.

Mengikut kajian, gas daripada kentut busuk dapat memerangi penyakit. Ternyata bahawa bau busuk daripada kentut boleh memberi manfaat kepada kesihatan keseluruhan seseorang.

Lain pula ceritanya, baru-baru ini tular di negara Perancis di mana seorang lelaki mendakwa dirinya berjaya ciptakan pil yang membuatkan kentut berbau wangi. Pil yang dihasilkan oleh Christian Poincheval ini boleh menukar kentut yang busuk menjadi wangi seperti bau bunga mawar atau coklat.

Beliau adalah pencipta pil pewangi kentut yang mempunyai pelbagai aroma

Beliau mendakwa dirinya sudah mencipta pil ini sejak 2007 dan kini sudah mempunyai pelbagai jenis dan aroma yang berbeza. Selain itu, dia juga mendakwa pil itu adalah semulajadi, hanya “suplemen makanan berasaskan bahan semula jadi”.

Sudah terbukti ramai pelanggannya berpuas hati dengan pil tersebut. Harga pil yang beraroma di jual beberapa farmasi dengan harga RM 89.00 sebotol.

Sebahagian membeli sebagai bahan jenaka untuk diberikan kepada rakan. Penjualan akan meningkat pada musim Krimas nanti.

 

Sumber : Mirror.co.uk

 

 

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di