Siakap Keli

Mandi, Guna Sabun Untuk Bersihkan Diri, Tapi Kenapa Lama Kelamaan Tuala Tetap Kotor?

Pasti ada antara anda yang pernah terfikir, tuala kebiasaannya hanya digunakan selepas kita mandi dan membersihkan badan. Tetapi kenapa lama kelamaan tekstur tuala yang awalnya bersih tetap berubah walaupun telah dibasuh?

Menurut kajian yang dikongsikan dalam Reader Digest, kebanyakan tuala dibuat daripada 100 peratus kapas yang ditenun dengan tekstur berbeza berbanding jenis kain yang lain. Ketika mandi, tak semua bakteria dan sel kulit mati berjaya disingkirkan menggunakan sabun. Disebabkan itulah, apabila kita mengelap badan dengan tuala, tekstur tuala tadi bertindak mengesat sel kulit mati yang masih bersisa.

Selain itu, tuala yang lembap juga merupakan tempat yang kondusif untuk pembiakan bakteria. Apabila dibiarkan, bakteria akan terus membiak di atas tuala terutamanya dalam persekitaran yang lembab.

Walaupun anda membasuh tuala anda, masih ada bakteria yang akan bersisa dan terus menetap dari masa ke masa.

Bagi sesetengah orang yang suka membiarkan tuala di dalam bilik mandi pula, hal ini akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria dan kulat pada tuala kerana persekitaran yang lembap.

Kritis betul soalan.

Berapa kerap anda perlu membasuh tuala?

Apabila ditanya tentang kekerapan membasuh tuala, Ahli Mikrobiologi dan ahli Patologi di Fakulti Perubatan New York University, Philip Tierno berkata anda perlu membersihkan tuala anda setiap tiga kali penggunaan (maksima) jika anda sentiasa mengeringkan tuala tersebut selepas menggunakannya.

Ini bermakna, jika anda selalu biarkan tuala tersepuk kemasaman selepas mandi, anda sepatutnya membasuh tuala tersebut dengan lebih kerap.

Menurutnya, tuala merupakan tempat yang ideal untuk pembiakan bakteria kerana ia menyediakan keperluan mikrobiotik iaitu air dan lembapan, suhu hangat, oksigen, makanan dan pH yang neutral.

Sumber: Reader Digest, Science Alert, Quora

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.