Siakap Keli

”Masa Gaji RM1000, Beri RM100,” Kita Nampak Je Pakai Mewah, Macam Ni Rupanya Orang Kaya Punya ‘Pelaburan’ Ke Sana

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Amalan bersedekah atau membuat kebajikan akan dibukakan pintu rezeki dan ganjaran pahala yang besar buat kita. Namun ramai yang ‘berat’ untuk melakukannya kerana khuatir terbeban dengan komitmen sedia ada yang kadang kala tidak mencukupi.

Sedangkan, Allah telah berjanji bersedekah tidak akan membuatkan harta seseorang itu berkurangan malah dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda.

Seperti perkongsian yang tular di laman sosial oleh Khairul Hakimin Muhammad mengenai kisah seorang rakannya ini ternyata menjentik hati ramai. Biarpun kaya dengan harta namun hidupnya penuh dengan isi dan pengajaran untuk kita ambil sebagai panduan.

Sesekali dapat sembang dengan orang yang bergaji RM140,000 sebulan, saya tanya dia, dia buat apa dengan duit banyak begitu?

Dia jawab,

Sesudah semua hutang selesai (kecuali rumah), buat haji untuk diri, isteri dan ibu bapa, maka:

50% kebajikan = RM70,000.
20% saving = RM28,000.
10% perbelanjaan bulanan = RM14,000.
10% hutang rumah = RM14,000.
5% investment emas = RM7,000.
5% belanja sendiri = RM7,000.

(Ini kiraan kasar saya sahaja lepas dengar beliau beritahu. Boleh jadi ada tolak KWSP semua).

Saya tanya lagi, “biar benar 50% tu kebajikan. Maksudnya bagi duit ke orang? Mak aih banyaknya.”

Dia jawab,

“Sikit ja tu dari apa yang Allah dah beri kepada saya sekarang. Masa saya muda saya sibuk kerja. Nak sedekah kat masjid pun hari jumaat sahaja. Sekarang ada duit, bagi jelah. Duit tak habis pun. Lagi pun duit boleh cari dan habis. Pahala pula kekal jika kita tak buat jahat.

Saya masih boleh menyimpan, boleh travel, boleh belanja cucu, itu pun duit masih ada. Alhamdulillah.

Ingat ini Khairul, masa gaji kita RM1,000, kita rasa kecil sangat. Belajar beri RM100 untuk kebajikan.

Masa gaji kita RM3,000, beri RM300. Mula ja dengan 10% dari gaji. Setiap 10 tahun umur kita meningkat, tambah lagi 5-10% untuk disalur ke badan kebajikan.

Lepas itu tengoklah melimpah ruah kekayaan Allah beri. Sihat, anak cucu pun selalu ziarah, lebih dari itu bersepah rezeki lain yang mencurah-curah. Cuba buat, cuba mula hari ini. Jangan culas.”

Huhuhu. Sentapnya Ya Allah. Sungguhlah, duit itu memang boleh ja cari. Namun balik-balik semuanya untuk kembali ke sisi Allah. Lain macam betul orang-orang kaya punya “pelaburan” untuk ke sana.

Kita hanya nampak mereka pakai kot, berkereta mewah, namun kita tak pernah tahu disebalik semua itu ada “kerja” yang mereka usahakan. Patutlah makin kaya, ini resipinya.

Huhu Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Sorry gais, beliau tak kasi up nama dan gambar selfie.

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.