Siakap Keli

“Nak Mati Pun Mahal”, Tweet Persoal Kos Pengebumian, Jawapan Netizen Ini Memang ‘Win’ Habis

Satu perkara yang terpaksa kita lalui samada kita mahu atau tidak, bersedia atau tidak ialah kematian. Usia dan tahap kesihatan bukan penentu masa kematian seseorang namun tak ramai yang membuat persiapan menuju ke alam abadi.

Persiapan kematian bukan sahaja dari segi amalan, tetapi persiapan fizikal dan material. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsi harga kos pengurusan jenazah yang merangkumi set kain kafan, penggalian kubur, upah mandi jenazah dan papan keranda.

Hal ini mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak hinggakan ada yang menuduh pihak pengurusan jenazah mengkomersialkan servis mereka yang sepatutnya menjadi tanggungjawab fardu kifayah dalam sesuatu komuniti masyarakat.

Mungkin ada benarnya. Tapi jika kita melihat dari sudut logik, hakikatnya agak berbeza dengan apa yang sebahagian daripada kita fikirkan selama ini.

Papan keranda tak siap sendiri, kain tak berpintal sendiri

Kain kafan bukan macam kain baju, lubang kubur bukan macam tanam pokok bunga.

Khairat kematian

Bagi golongan muda, mungkin ramai yang belum mengetahui tentang khairat kematiaan dan keperluannya. Khairat kematian merupakan caruman oleh individu samada untuk dirinya sendiri atau satu keluarga bagi menampung kos pengurusan jenazah dan diberikan kepada pewaris apabila berlaku kematian.

Jumlah caruman adalah mengikut institusi kampung masing-masing. Bukan itu sahaja, ada juga institusi pendidikan yang menyediakan kos pengurusan jenazah buat pelajarnya.

 

 

Tinggi harapan bagi sesetengah ibubapa yang mengharapkan anak-anaknya untuk menguruskan jenazah mereka. Bagi anak-anak pula, itulah khidmat terakhir yang kita boleh berikan kepada mereka.

Nak mati memang mahal. Nak tak nak kena buat juga persiapan spiritual dan material dengan ‘pelaburan’ di dunia dengan bersedekah. Baru ‘berbaloi’ kematian kita, kan?

Sumber: Twitter, E-Khairat

Amira

Love yourself.