Siakap Keli

NASA Dakwa Temui Asteriod Emas Yang Boleh Buat Semua Manusia Di Dunia ‘Billionaire’

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) sedang memerhatikan asteroid yang mengandungi emas yang cukup untuk menjadikan semua orang di bumi seorang jutawan. Asteroid Psyche 16 yang terletak di antara orbit planet Marikh dan Musytari itu diberbuat daripada logam pepejal.

Bukan itu sahaja, asteroid itu turut dipenuhi dengan timbunan platinum, besi dan nikel. Jadi secara keseluruhannya, ‘harta yang dimiliki’ oleh asteroid berkenaan dianggarkan bernilai 8,000 kuadrilion (pound).

Itu bermakna, sekiranya kita dapat membawa pulangnya ke bumi, ia ternyata akan menghancurkan harga komoditi dan menyebabkan ekonomi dunia yang bernilai 59.5 triliun (pound) ini musnah.

Gambaran Psyche 16 oleh pelukis (Gambar : NASA)

Scott Moore, yang mengetuai projek Euro Sun Mining, mengatakan bahawa jumlah emas dalam asteroid itu mampu mengancam dan menghuru-harakan industri emas di sini.

NASA mengumumkan bakal melancarkan misi penyiasatan asteroid berkenaan pada musim panas tahun 2022 dan dijangkakan tiba di Psyche 16 pada 2026.

Disebalik kemewahan yang dimiliki oleh asteroid itu, terdapat pelbagai kemungkinan yang buruk akan terjadi sekiranya ia dibawa pulang ke bumi. Mujurlah agensi angkasa terbabit hanya bercadang untuk membuat penyiasatan saintifik dan tidak merancang sebarang aktiviti ‘perlombongan emas’ di sana.

Gambaran pelukis tentang misi penjelajahan serta penyelidikan Nasa yang dilancarkan pada 2022 dan bertujuan untuk meneroka Psyche 16 (Gambar: Nasa)

Penyelidik dari Universiti di Arizona menjelaskan bahawa psyche 16 sebenarnya telah ditemui oleh seorang ahli astronomi Itali, Annibale De Gasparis.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=uzjTEXyz00A?start=5]

Sumber : The Sun 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.