Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Pemandu Traktor Maut Tersepit

Batu Pahat : Seorang lelaki warganegara Indonesia maut selepas tersepit dalam traktor yang dibawanya selepas ia terbalik di Batu 10, berhampiran Parit Ya’ani, Yong Peng, di sini, hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khairul Nizam Aresay berkata mangsa yang berusia 31 tahun itu dikenali sebagai Tuswanto berdasarkan pengenalan diri yang ditemui bersamanya.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan sekitar 10.38 pagi dan kemudiannya sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, pihak kami menemui sebuah traktor yang telah terbalik dan mendapati seorang lelaki yang merupakan pemandu traktor terbabit telah tersepit.

“Hasil pemeriksaan, lelaki yang berasal dari Cilacap, Bogor, Indonesia, ini telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dalam masa dua minit setelah anggota bomba tiba di lokasi, sebelum diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.