Siakap Keli
Foto: The Sun

Tak Tahan Isteri Selalu Suruh Kemas Rumah, Suami ‘Sado’ Buat Laporan Polis

Apa guna badan ‘sado’ tapi tak boleh bantu isteri di rumah. Itulah perkara terawal yang melintas di pemikiran ramai apabila membaca kisah seorang suami yang membuat laporan polis terhadap isterinya yang didakwa suka mengarahkannya.

Laporan tersebut telah menyebabkan isterinya ditahan polis dan dia telah dipenjarakan selama 17 jam. Walaupun ia tempoh yang singkat, namun menurut wanita berusia 58 tahun itu, ia sudah cukup untuk membuatkan rasa cinta kepada suaminya hilang.

Bercakap mengenai kejadian itu kepada The Sun, wanita tersebut memberitahu bahawa hidup mereka bahagia sebelum suaminya yang juga berumur 58 tahun itu diterima bekerja sebagai pengurus di sebuah gimnasium.

Pasangan ini ketika berkahwin(Foto: The Sun)

“Dia mula menghabiskan masanya di gim dari awal pagi sehingga lewat malam. Jika tidak ke gim, dia akan habiskan masa berjam-jam mencuci keretanya, dia tak bantu saya uruskan rumah,” adu wanita berkenaan.

Tambahnya lagi, “Satu hari, saya tinggalkan nota memintanya untuk bantu mengemas rumah dan kami mempunyai dua ekor anjing di rumah, bagaimana saya tidak marah.”

Namun, suaminya pula mempertahankan tindakannya membuat laporan tersebut dengan menyatakan isterinya terlalu mengawalnya dan tidak menghormati apa yang dia suka lakukan.

“Pada mulanya, dia sendiri menyokong saya membina badan, tetapi akhirnya jadi begini. Dia juga tidak suka pada diet yang saya ikuti,”jelas lelaki tersebut.

Walaupun ditahan polis, wanita tersebut telah dibebaskan sebelum dia sempat dibicarakan dan kini dipercayai tidak lagi tinggal bersama suaminya.

Sumber: The Sun

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi