Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Tragis, Baru Tinggal Beberapa Minit, Ibu Terkejut Anak Maut Jatuh Dari Tingkap Rosak

Kecuaian merupakan sikap yang boleh menyebabkan berlaku kemalangan sehingga boleh meragut nyawa. Kemalangan boleh berlaku sekiranya seseorang itu cuai walaupun dalam masa yang singkat. Begitulah yang digambarkan menerusi kejadian yang menimpa seorang budak lelaki yang meninggal dunia setelah jatuh dari tingkap yang rosak.

Budak lelaki berusia dua tahun itu dipercayai jatuh daripada tingkap yang telah rosak setelah dibiarkan bermain di dalam bilik pada bahagian atas rumah. Kanak-kanak yang terjatuh itu telah dijumpai oleh seorang pejalan kaki di kawasan pejalan kaki di luar rumah rakan ibunya di Tuebrook, Liverpool. Setelah itu, kanak-kanak tersebut dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alder Hey dan didapati mengalami kecederaan patah tulang tengkoraknya.

Gambar: Daily Express

Kecederaan budak lelaki tersebut digambarkan sebagai serius namum berada dalam keadaan yang stabil. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal setelah beberapa hari mengalami kekejangan berulang kali selepas kejadian tersebut.

Menurut ibunya, dia hanya meninggalkan anaknya bermain sebentar di dalam bilik tersebut sebelum dikejutkan oleh seorang anggota awam yang mengatakan anaknya terjatuh dari tingkat atas.

Saya baru tinggalkan dia dalam beberapa saat

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut dipercayai sebagai kemalangan dan tiada prosiding jenayah yang dibawa. Menurut ibunya, kejadian tersebut sesuatu yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya.

Sumber: Mirror

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa