Siakap Keli

(Video) Didakwa Curi Ayam Dari Kedai Lain Jual Murah Di Kedai Sendiri, 3 Suspek Ditahan Polis

Menjual ayam dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal akhirnya tumpas gara-gara menjual ayam hasil daripada mencuri. Tindakan tiga orang pencuri itu akhirnya membawa padah apabila dua daripada mereka ditahan polis.

Kejadian yang berlaku di Taman Kempas Sungai Petani pada pukul 2.58 pagi di mana ayam mentah yang di curi itu dibawa untuk dijual di sebuah kedai menjual ayam dengan harga yang murah. Lebih 400 ekor ayam mentah dicuri.

Namun tindakan tiga orang pencuri ini gagal kerana semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta pacuan empat roda berhenti di hadapan kedai sebelum tiga lelaki bertopeng mengambil ayam dan melarikan diri.

Video yang tular di media sosial menjadi bukti mereka mengalihkan ayam mentah dari tong ais ke pacuan empat roda terbabit. Akhirnya, mereka ditahan ketika sedang menyusun ayam yang dicuri di atas meja untuk dijual kepada pelanggan.

 

Sumber: Penduduk Guar Chempedak

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang