Siakap Keli

(Video) Hukum Ambil Dan Sebarkan Gambar Mayat Kemalangan

Segelintir masyarakat Malaysia selalu tidak mengambil endah dan sudah menjadi kebiasaan tanpa menitikberatkan sensitiviti terhadap menyiarkan gambar atau video mayat kemalangan di media sosial. Tidakkah anda tahu bahawa perbuatan menyebarkan gambar atau video mangsa tragedi seumpama membuka aib mangsa serta mencarik maruah ahli keluarga.

Memetik dari bingkisan video Ustaz Azhar Idrus di siaran Youtube, hukum penyebaran gambar-gambar mangsa kemalangan boleh jadi haram jika gambar tersebut mengaibkan keadaan mangsa kerana ia akan menambahkan lagi kesedihan terhadap ahli keluarga mangsa.

Ada yang tidak mengaibkan jika gambar yang diambil jauh dan keadaan mangsa ditutupi kain putih yang tidak mengaibkan keadaan mangsa kemalangan serta ahli keluarganya.

Ingatlah, jika ahli keluarga tidak halalkan gambar itu tersebar maka berdosalah selama-lamanya – Ustaz Azhar Idrus

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang