Siakap Keli
Foto: IndieWire

Babak Tambahan Avengers: Endgame Dikhabarkan Berdurasi 6 Minit, 3 Scene Baru

Seperti yang digembar-gemburkan sejak beberapa minggu lepas, peminat siri Marvel Studios akan dihidangkan dengan satu versi baharu bagi filem Marvel Avengers: Endgame.

Versi baru itu dikatakan akan mengandungi beberapa babak tambahan, babak yang telah disunting serta babak selepas kredit(post-credit). Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige.

Terbaru, terdapat beberapa pihak yang mendakwa babak tambahan itu nanti akan berdurasi selama enam(6) minit dan dibahagikan kepada tiga babak berbeza.

Foto: Marvel

Bagaimanapun, kami tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai babak-babak berkenaan kerana tidak mahu mengganggu keseronokan peminat Marvel untuk menonton semula filem ini nanti.

Bercakap mengenainya, seperti yang kami nyatakan beberapa hari lepas, beberapa syarikat pawagam di negara ini sudah mula menayangkan versi baru bagi Avengers: Endgame di panggung-panggung mereka di selirih negara hari ini.

Jadi, apa tunggu lagi, gunakan peluang cuti hujung minggu ini untuk pergi menontonnya. Bagi yang dah tengok, kami minta untuk anda tidak berkongsikan spoiler mengenainya di ruangan komen bagi menghormati peminat Avengers yang lain.

Sumber: CNBC

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi