Siakap Keli

Bertemu Presiden China, Trump Akhirnya Tarik Balik Sekatan Terhadap Huawei

Setelah menguatkuasakan sekatan berani mati terhadap Huawei pada 15 Mei lalu, Donald Trump dilaporkan membuka semula sekatan tersebut dan membenarkan syarikat Amerika berurusniaga dengan Huawei.

Ketika sidang media G20 di Osaka, Jepun hari ini, Trump telah bertemu Presiden China, Xi Jinping untuk membincangkan isu perang perdagangan antara dua negara tersebut.

Dalam perbincangan tersebut, Trump bersetuju untuk membatalkan pelaksanaan tarif baru bernilai USD 300 bilion ke atas barangan import dari China sekurang-kurangnya buat masa ini.

Trump berkata, syarikat di AS juga dibenarkan kembali menjalankan aktiviti perdagangan dengan Huawei (kelengkapan komunikasi) selagi mana tidak melibatkan jual beli peralatan yang boleh menggugat keselamatan negara itu.

“China dan Amerika boleh menjadi rakan kongsi strategik,” katanya.

Katanya lagi, China bersetuju untuk membeli sejumlah besar barangan AS untuk mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan antara dua negara itu.

Trump dijadualkan untuk bertemu Presiden Korea Selatan, Moon Jae In pada hari ini dan telah menyuarakan kemungkinan untuk bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di kawasan Zon Bebas Tentera (DMZ) di sempadan dua negara Korea tersebut.

Sumber: South China Morning Post

Arifah

Banyak benda dalam dunia ni berada di luar pengetahuan kita - lalat hinggap atas kepala sendiri pun kita tak tahu.
So, pause & stop judging everyone we don't know. We might only knew 0.1% of their life.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di