Siakap Keli

Betul Ke Roh Akan Keluar Ketika Tidur? Teori Ini Buktikan ‘Astral Projection’ Buat Roh Boleh Ke Tempat Diingini

Tidur merupakan keperluan bagi semua orang kerana perlakuan tersebut dapat merehatkan tubuh badan dan minda yang telah berkerja seharian suntuk. Ketika tidur, kita tidak menyedari apa yang berlaku disekeliling kita dan juga keadaan kita sewaktu itu. Kebiasaannya, kita sering diulit mimpi yang indah dan juga yang menakutkan sehingga terbawa-bawa ke alam realiti. Terdapat segelintir orang yang mendakwa bahawa roh kita akan keluar sementara daripada badan ketika kita tidur. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bagaimana roh kita keluar dan ke manakah arah roh kita pergi ketika itu?

Persoalan ini dikaitkan dengan falsafah ‘astral body’ yang seakan roh kita yang keluar dari tubuh badan tanpa disedari. Namun, menurutnya, astral ini boleh dikawal oleh diri kita sendiri.  Mari baca perkongsian di bawah.

Sebelum itu, tubuh astral sebenarnya dikaitkan dengan imaginasi, emosi dan keinginan yang disampaikan kepada badan fizikal. Ia juga dikatakan bahawa tubuh astral ini mungkin mengalami impian, penglihatan, pengalaman luar tubuh dan unjuran astral. Disebabkan itu, kita tidak akan sedar atau ingat apa yang terjadi pada waktu itu.

Tubuh astral sebenarnya berperanan untuk memperlihatkan kepada anda mengenai diri anda sendiri. Perkara itu dapat dilihat menerusi kedudukan anda ketika tidur dan juga fikiran anda ketika itu. Ianya juga dapat memperlihatkan kecenderungan hidup anda sama ada ke arah positif mahupun negatif.

Astral ini juga berkemampuan untuk pergi ke mana-mana yang diingini oleh pemikiran kita, tetapi ianya perlukan disiplin untuk mengawalnya. Agak sukar untuk menguasai astral ini kerana memerlukan sekitar dua tahun bagi memastikan kita dapat mengawalnya. Namun, kita dapat mengawal astral tersebut menerusi perlakuan kita. Sekiranya kita melakukan perkara yang baik, maka astral kita akan cenderung ke arah positif.

Walaupun begitu, astral ini tidak boleh melangkaui dunia yang lain seperti ke alam barzakh. Disebabkan itu, roh yang kita keluar ketika tidur tidak boleh melihat orang yang telah meninggal dunia, hantu dan juga bunian kerana kita berada di dalam dunia yang berbeza.

Secara keseluruhannya, astral ini lebih membawa manfaat kepada diri kita untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Perkara ini kerana astral itu sendiri yang akan memperlihatkan diri kita yang sebenar.

Menerusi rangkaian yang dibuat oleh pemilik Facebook ini, tubuh astral membawa kebaikan kepada kita sendiri kerana dapat mempengaruhi kita untuk melakukan kebaikan. Ianya juga dapat melatih diri kita untuk terus mengamalkan sifat-sifat yang positif agar tidak mendatangkan masalah pada masa akan datang. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa ketika tidur juga kita sedang memperbaiki tubuh badan dan sikap kita.

Sumber: Twitter @aauskaply

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa