Siakap Keli
Foto: Facebook/CBS

Mahu Ambil Telefon Jatuh Atas Landasan, Wanita Mati Dirempuh Keretapi

Telefon pintar boleh dianggap sebagai ‘nyawa’ bagi kebanyakan individu pada hari ini. Hampir mustahil untuk majoriti daripada kita untuk hidup seharian tanpa sekali pun menyentuh telefon pintar.

Namun, bagi seorang wanita berusia 37 tahun dari Chichago ini, peralatan teknologi itu benar-benar telah meragut nyawanya sendiri.

Beliau telah dilanggar sebuah keretapi selepas dikatakan cuba mengambil telefon pintarnya yang terjatuh di atas landasan dekat stesen 69th Street pada Khamis.

Stesen tempatan kejadian(Foto: CBS)

Berikutan kejadian itu, beliau telah meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Kemalangan tersebut juga telah mengakibatkan perkhidmatan keretapi di sana tergenda selama lebih kurang 2 jam 30 minit.

Dalam pada itu, ibu mangsa telah membuat satu kiriman bagi berkongsikan berita sedih berkenaan di laman Facebooknya dengan menulis, “FB, tolong doakan anak perempuan saya yang terbunuh pagi ini”.

Dia melalukannya kerana anaknya juga adalah seorang pengguna tegar Facebook dan mungkin dia dapat menyampaikan berita itu kepada rakan-rakannya dengan lebih pantas melaluinya.

Sumber: Metro UK

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi