Siakap Keli
Gambar: Youtube

Pelik, Kenapa Ekzos Motorsikal Kebanyakannya Di Sebelah Kanan ? Ini Alasannya

Setiap motorsikal memerlukan bahan api untuk mengerakkan enjin supaya kenderaan itu dapat bergerak. Bahan api tersebut akan melalui proses pembakaran dan sudah pastinya memerlukan corong ekzos untuk melepaskan asap-asap hasil pembakaran tersebut. Berkata mengenai ekzos, pernahkah anda terfikir mengenai kedudukannya yang berada di sebelah kanan pada kebanyakan motorsikal yang dicipta.

Ada yang berpendapat bahawa kedudukan ekzos pada sebelah kanan motorsikal adalah disebabkan supaya tidak mencederakan kaki anda ketika menaiki atau menuruni motorsikal. Perkara ini kerana kebanyakan orang kebiasaannya akan menaiki dan menuruni motorsikal di sebelah kiri disebabkan motorsikal yang condong ke arah kiri disebabkan kedudukan tongkat.

Oleh itu, penunggang atau pembonceng motorsikal akan dapat mengelakkan kaki mereka daripada terkena ekzos yang panas sehingga boleh menyebabkan kaki melecet. Sememangnya, fakta ini tidak dapat disangkal, namun kedudukan ekzos pada sebelah kanan motorsikal mempunyai sejarah yang tersendiri.

Motorsikal pertama yang menggunakan proses pembakaran dalaman tidak mampu untuk memberikan kuasa yang kuat untuk menggerakan kenderaan itu. Oleh itu, pedal kayuh digunakan untuk mengambil alih peranan enjin. Oleh itu, jurutera hanya mempunyai pilihan untuk meletakkan ekzos pada bahagian bawah enjin. Namun, setelah kuasa enjin dapat mengerakkan motorsikal tanpa menggunakan pedal, pedal dibuang menyebabkan berlaku penjimatan ruang di sebelah kanan dan kiri motorsikal.

Disebabkan ekzos berada di bawah enjin ketika itu, ianya dapat membantu keseimbangan motorsikal lalu penggunaannya diteruskan. Namun, disebabkan keadaan jalan pada awal tahun 1900-an agak teruk, jurutera mengambil keputusan untuk meletakkan ekzos pada sebelah kanan motorsikal. Kemudiannya, kedudukan tersebut terus diikuti sehingga penciptaan sehingga ke hari ini.

Sumber: Drive Spark

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa