Siakap Keli
Foto: YouTube NTV Houston

(Video)Detik-Detik Penuh Debar Lelaki Sambut Bayi Jatuh Tingkat Dua Dirakam CCTV

Seorang lelaki warga Algeria, Feuzi Zabaat telah dipuji netizen selepas aksi pantasnya menyambut seorang bayi perempuan berusia dua tahun telah menyelamatkan nyawa anak kecil itu dari terkorban.

Aksi Zabaat telah berjaya dirakam oleh kamera pengawasan litar tertutup(CCTV) yang berada berhampiran dengan tempat kejadian dekat Turki baru-baru ini.

Semasa kejadian itu, Zabaat yang memakai kemeja T berwarna kuning nampak seperti telah menyedari bahawa bayi tersebut akan jatuh lebih awal dan bersedia untuk menyambutnya.

Bayi berkenaan dikatakan terjatuh dari tingkat dua bangunan apartment yang didiami oleh keluarganya. Sejurus selepas kejadian, orang ramai mula menghampiri Zabaat untuk memeriksa keadaan mangsa.

“Saya lakukan apa yang perlu dan semuanya berlaku atas kasih sayang Allah,” kata beliau kepada sumber. Kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

Menurut akhbar tempatan, keluarga bayi perempuan tersebut amat berterima kasih kepada Zabaat dan telah memberinya wang sebanyak 200 Turkish Liras atau lebih kurang RM142 kepadanya sebagai penghargaan.

Sumber: abc News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi