Siakap Keli
Kredit: Mohd Shukor Hafiza

(Video)Meninggal Ketika Bertugas, Satu Sekolah Berkumpul Buat Majlis Baca Yassin Untuk Cikgu Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ajal datang tidak mengira tempat. Seorang guru wanita di SMK Tunku Abdul Aziz, Alor Setar menemui ajal ketika sedang menjalankan tugasnya di sekolah dalam kejadian dipercayai berlaku Selasa lepas.

Difahamkan, Allahyarhamah Cikgu Siti Nurbayah merupakan seorang guru subjek Kemahiran Hidup yang baru berpindah ke sekolah berkenaan.

Dalam kiriman oleh Mohd Shukor Hafiza, warga sekolah beragama Islam dilihat sedang membaca Yasin secara berjemaah di kantin sekolah berkenaan.

Menurut perkongsian di dalam Group Kami Anak Kedah, arwah dikatakan meninggal kemungkinan kerana sakit jantung dan dibawa pulang ke kampung halamannya di Padang Pusing.

Kredit: Mohd Shukor Hafiza
Kredit: Mohd Shukor Hafiza

Takziah diucapkan kepada semua keluarga dan rakan-rakan arwah. Semoga roh cikgu Siti Nurbayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Mohd Shukor Hafiza

Amira

Love yourself.