Siakap Keli
Foto: @Astra_Galaksi

“Ya Allah, Ajari Aku Untuk Selalu Bersyukur” Foto Budak Miskin Makan Sisa Makanan Buat Netizen Sebak

Di sebalik kesempitan wang yang kita hadapi apabila menghampiri hujung bulan, ketahui ada orang lain yang lebih susah sepanjang bulan.

Di sebalik kita sedih terpaksa makan mi segera kerana dompet semakin kosong, ada orang lain yang cekal terpaksa makan sisa makanan orang lain untuk mengalas perut.

Itulah agaknya yang mahu dikongsikan oleh seorang lelaki melalui satu kiriman di akaun Twitter-nya baru-baru ini. Astra Duta Galaksi(@Astra_Galaksi) telah mengirimkan beberapa keping gambar menyayat hati yang memaparkan seorang anak kecil yang miskin menyuapkan sisa makanan pelanggan gerai ke mulutnya.

Foto: @Astra_Galaksi

Kiriman berkenaan ternyata membuatkan ramai pengikutnya turut sebak dan rata-rata mereka mendoakan agar adik kecil ini diberikan kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.

“Aku tak kuat, buatku menangis, ya Allah andai aku kaya aku ingin bahagiakan anak-anak seperti mereka”

Foto: @Astra_Galaksi

“Kadangkala perlukan kiriman seperti ini supaya kita bersyukur apa yang sudah kita miliki sekarang”

Foto: @Astra_Galaksi

Tidak kurang juga ramai yang merafakkan rasa syukur kepada Illahi dengan apa yang dikurniakan kepada mereka sepanjang hidup.

Foto: @Astra_Galaksi

“Ya Allah, lihat ini buat aku malu. Padahal sering merasa hidup aku yang paling susah”

Foto: @Astra_Galaksi

“Aku sangat kurang bersyukur, Ya Allah”

Foto: @Astra_Galaksi

Bagaimanapun, ada juga di antara pengikut beliau yang mempersoalkan tindakan beliau yang hanya mengambil gambar dan tidak membantu anak kecil tersebut.

Akan tetapi, kami berpendapat, apa yang penting ialah pengajaran daripada foto berkenaan kerana kita tidak mengetahui dan sekiranya pengambil gambar ini ada membantunya, kita sudah membuat kesalahan apabila bersangka buruk padanya.

Sumber: Twitter @Astra_Galaksi

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi