Siakap Keli
Gambar hiasan

Denda RM500 Ibu Bapa Tak Matikan Enjin Kereta Sambil Tunggu Anak Balik Dari Sekolah

Mengambil atau menghantar anak ke sekolah sering dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa bagi memastikan anak mereka benar-benar selamat. Kebiasaannya, ibu bapa akan menggunakan kenderaan seperti motorsikal dan juga kereta untuk menghantar dan mengambil anak mereka sekolah. Namun, selepas ini ibu bapa perlu lebih berhati-hati kerana mereka berisiko dikenakan denda sekiranya membiarkan enjin kenderaan mereka dibiarkan hidup ketika menunggu untuk mengambil anak mereka pulang dari sekolah.

Tindakan ini telah dikuatkuasakan diluar negara sebagai salah satu cara untuk mengurangkan pencemaran udara di sekitar sekolah. Kadar yang akan dikenakan boleh mencecah sehingga £ 100 (RM525) sekiranya ibu bapa yang menaiki kenderaan tidak mematikan enjin ketika menunggu anak mereka.

Gambar: Pro Car Mechanics

Menurut Setiausaha Pengangkutan London, Chris Grayling, mereka tekad melancarkan tindakan tersebut bagi mengurangkan pencemaran udara di sekitar sekolah sehingga boleh menjejaskan kesihatan pelajar-pelajar sekolah.

Kami bertekad untuk melancarkan tindakan yang mencemarkan komuniti pelajar dengan tidak mematikan enjin kereta ketika menunggu anak-anak, terutamanya di luar pintu sekolah di mana anak-anak kita bernafas dalam udara toksik ini.

Mematikan enjin kenderaan adalah cara mudah untuk menurunkan tahap pencemaran yang tinggi, mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar dan kesihatan kita.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut dilihat sebagai langkah bijak bagi mengatasi pencemaran udara yang terhasil dari asap-asap kenderaan. Dengan langkah ini, kesihatan pelajar-pelajar juga akan lebih terjamin. Cadangan tersebut juga merupakan sebagai langkah terakhir kerajaan untuk meningkatkan mutu udara terutamanya di kawasan sekolah.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa