Siakap Keli
Jaap Arriens

Google Berdepan Kehilangan Ratusan Juta Pelanggan Di Seluruh Dunia Jika Terus Sekat Huawei

Jika salah sebuah jenama pendahulu dalam dunia telefon pintar, Huawei, beralih arah daripada Google akibat sekatan yang diumumkan sebelum ini, firma berkenaan bakal terjejas teruk dan kehilangan sehingga 800 juta pengguna di masa depan.

Amaran berkenaan dikeluarkan oleh CEO Huawei, Ren Zhengfei dalam satu sidang media bersama dengan CNBC.

”Huawei akan sentiasa menjadi pengeluar telefon pintar utama dunia. Jika kami tidak menggunakan sistem operasi Google, mereka akan kehilangan 700 hingga 800 juta pelanggan,” katanya.

Huawei adalah antara syarikat telekomunikasi daripada China yang disenarai hitam daripada bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat oleh Presiden Trump atas alasan keselamatan.

Bagaimanapun semalam, sekatan berkenaan ditarik balik setelah pertemuan Trump dengan Presiden China, Xi Jinping dalam Persidangan G20 di Jepun bagi membincangkan perang perdagangan antara kedua-dua negara kuasa dunia tersebut.

Trump dalam keputusan penarikan tersebut berkata syarikat-syarikat telekomunikasi Amerika Syarikat dibenarkan untuk kembali bekerjasama dengan Huawei selagi ia tidak menjejaskan kepentingan keselamatan Amerika Syarikat.

Sumber: RT

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.