Siakap Keli
Gambar hiasan.

Hanya Kerana Keguguran, Wanita ‘Lunyai’ Didera Dan Dituduh Pembunuh Oleh Pasangan Sendiri

Seorang lelaki menuduh kekasihnya sebagai pembunuh bayi kerana keguguran anak mereka.

Scott Manson, 30 mendera wanita malang itu selama tiga bulan setelah kehilangan anak lelaki pasangan itu.

Dia menggunting dan mencampakkan pakaian wanita itu ke dalam tong sampah, memaki hamun dan mengapit mangsa pada pintu selain mendesak wanita itu menghantar wang kepadanya.

Manson mengaku bersalah atas kesalahan mendera wanita itu di Mahkamah Majistret Cheltenham, England semalam.

Sebelum itu, mangsa berkata dia menyayangi lelaki itu serta masa indah mengatasi masa pahit mereka bersama. Katanya, lelaki itu berubah sejak kehilangan bayi mereka pada Mei tahun lalu.

“Pada petang hari lahir saya, dia mencampak baju saya ke dalam tong sampah dan memanggil saya ‘pembunuh bayi’,” kata mangsa.

“Disebabkan itu, saya sudah tidak sama seperti diri saya yang dulu.”

Lelaki itu dijatuhkan hukuman 30 minggu penjara, digantung selama 18 bulan dan perintah penahanan selama 2 tahun.

Dia juga dilarang untuk menghubungi mangsa atau pergi ke tempat tinggal mangsa dan tempat sering dikunjunginya.

Sumber: Mirror.uk

Amira

Love yourself.