Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan/Google

Ini 10 Model Kereta ‘Top 10’ Paling Kerap Dicuri Di Malaysia Sepanjang 2019

Kes kecurian kereta merpakan jenayah paling kerap berlaku di negara kita. Saban hari, ada sahaja kes terbaru curi kereta yang dilaporkan. Mengikut rekod, sepanjang tahun 2018 menyaksikan sebanyak 35, 953 buah kereta telah dicuri.

Namun, tahukah anda penjenayah tidak mencuri sebarangan kereta kerana hanya model kereta tertentu sahaja menjadi pilihan utama mereka. Model-model kereta ini dikatakan ‘panas’ dan merekodkan kes kehilangan paling tinggi.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), 10 model kereta yang paling kerap dicuri dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2019 adalah daripada lima jenama iaitu Proton, Perodua, Toyota, Nissan dan Honda.

Tangga teratas memonopli carta dalam tempoh masa tersebut adalah model kereta jenis Wira yang merekodkan kehilangan sebanyak 127 buah unit. Iswara menduduki tangga kedua dengan 82 unit, Kancil 70 unit, Hilux 52 unit dan tangga kelima iaitu Myvi sebanyak 49 unit.

Manakala bagi tangga keenam adalah Waja sebanyak 41 unit, Saga 40 unit, Vannette 36 unit, Civic 28 unit dan yang terakhir ialah City sebanyak 24 unit.

Berdasarkan laporan ini, model kereta keluaran jenama Proton paling banyak dicuri iaitu empat model diikuti dengan Perodua dan Honda masing-masing sebanyak dua model. Bagi model kereta Toyota dan Nissan masing-masing sebanyak satu model kereta.

Sumber: BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.