Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

IPD Beluran Nafi Rompakan Bersenjata Seperti Tular Di Facebook

Beluran : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran menafikan kejadian rompakan bersenjata di daerah ini, seperti dikatakan oleh seorang pemilik akaun Facebook dalam satu hantaran baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Supt Kasim Muda berkata hantaran yang dimuat naik ke Facebook mula tular sejak 28 Jun lepas, mengatakan suami pemilik akaun Facebook itu dirompak oleh satu kumpulan yang menaiki dua kenderaan, dan kumpulan terbabit dikatakan mengacukan sepucuk pistol di kepala suami pemilik akaun Facebook itu dan dua bilah pisau di perut ,ketika melalui simpang dekat sebuah hutan simpan dekat sini.

“Polis menafikan kenyataan pemilik akaun Facbook “Arwana Putih” itu…semakan ke atas laporan polis di daerah-daerah berhampiran, mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kasim menegaskan agar orang ramai melaporkan atau mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang kejadian di Beluran daripada IPD atau balai polis berdekatan daripada mempercayai maklumat yang tidak disahkan di media sosial.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi ‘hotline’ IPD Beluran di talian 089-511222.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.