Siakap Keli
Foto: Ukraine National Police/east2wes

Kanak-Kanak Malang Dirantai Dan Diperlaku Seperti Anjing Oleh Ayah Sendiri, Dakwa Untuk Mendidik

Seorang kanak-kanak berusia enam(6) tahun telah diselamatkan dari seksaan bapanya yang dengan tidak berhati perut merantainya seperti seekor anjing, di Ukraine baru-baru ini.

Kanak-kanak lelaki malang itu ditemui oleh pihak polis dengan lututnya terikat di pintu. Dia juga telah diikat dengan ketat di bahagian pinggangnya.

Foto: Ukraine National Police/east2wes

Pihak polis mengambil tindakan selepas kanak-kanak tersebut menceritakan penderaan yang dialaminya kepada rakan-rakannya. Mereka kemudian memberitahu ibu bapa masing-masing yang seterusnya menelefon polis.

Tidak cukup dengan itu, hasil pemeriksaan polis juga menemui kesan mencurigakan di belakang badan mangsa dipercayai akibat dipukul bapanya.

Foto: Ukraine National Police/east2wes

Mangsa kini berada dibawah penjagaan pihak polis selepas dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Pihak berkuasa dalam pada itu sedang berusaha untuk melucutkan hak penjagaan dari bapa kanak-kanak tersebut.

“Dia  tidak akan kembali ke keluarganya, kami akan hantar budak ini ke pusat jagaan anak yatim,”kata jurucakap polis.

Dalam itu, bapanya yang telah ditahan polis mengakui melakukannya atas alasan ingin memberi pengajaran terhadap mangsa.

Dia sebelum ini pernah dilucutkan hak penjagaan terhadap anaknya tersebut apabila bercerai dengan isterinya, namun berjaya mendapatkannya semula selepas dia mengahwini isteri barunya tidak lama selepas itu.

Bapa mangsa kini berdepan tuduhan mendera kanak-kanak dan berkemungkinan besar akan dijatuhi hukuman penjara maksimum lima(5) tahun.

Sumber: Mirror

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi