Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Wachanga)

Lima Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Bagi Mendapatkan Jantung Yang Sihat

Jantung adalah organ yang paling penting dalam hidup manusia kerana di sanalah pusat pengepaman darah dan pengaliran oksigen kepada seluruh anggota badan.

Ia sentiasa bekerja selama 24 tanpa henti bagi memastikan kita dapat terus hidup. Jadi adalah sangat penting untuk kita menjaga kesihatan organ berharga ini.

Maka kali ini, kami akan kongsikan lima(5) perkara yang perlu diambil perhatian oleh kita semua bagi menjaga kesihatan jantung, menurut laman Hello Doktor.

1. Tidak aktif sepanjang hari

Jangan hanya duduk di hadapan komputer anda walaupun anda bekerja di dalam pejabat yang sejuk dan selesa. Bangun dan berjalan serta lakukan sedikit senaman untuk membuatkan tubuh lebih aktif. Senaman mudah seperti berjalan, mengangkat kaki semasa duduk, dan naik turun tangga boleh membantu menjadikan jantung lebih aktif.

2. Anda rasa diri masih muda

Penyakit tidak kenal tua atau muda. Secara amnya, orang muda lebih jarang mendapat banyak penyakit berbanding mereka yang lebih berumur. Namun, gaya hidup terkini yang tidak aktif dan pemakanan yang kurang sihat meningkatkan risiko banyak penyakit kronik. Malah, kencing manis jenis 2 juga pada hari ini ditemui dalam kalangan kanak-kanak!

Jangan berlengah lagi. Ubah gaya hidup dan pemakanan anda untuk kesihatan yang lebih baik.

3. Anda tidak mengambil berat soal kesihatan jantung

Foto: Medical News Today

Berapa bacaan terkini tekanan darah anda? Apakah bacaan normal?

Nombor dan maklumat ini bukan hanya perlu diketahui oleh staf kesihatan, anda juga perlu tahu untuk memastikan diri dalam keadaan sihat. Dapatkan pemeriksaan jantung secara berkala. Tidak banyak pun, setahun sekali sudah memadai jika tiada sebarang masalah kesihatan. Nak lebih mudah, dapatkan pengukur tekanan darah elektronik.

4. Seluar anda saiz berapa?

Jika saiz 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki, sila ambil langkah proaktif untuk mengurangkan saiz pinggang anda. Bukan semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik tetapi juga mengurangkan risiko penyakit jantung. Mulakan sedikit demi sedikit asalkan ada perkembangan.

5. Asap rokok ‘secondhand’

Merokok sudah tentu bahaya untuk kesihatan jantung tetapi bukan itu sahaja, asap rokok secondhand yang dilepaskan oleh perokok lain juga boleh merosakkan jantung anda. Oleh itu, sila berhati-hati dan waspada dengan persekitaran anda.

Sumber: Hello Doktor

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di